1
MENU
 

 
Tempoh Untuk Mengemaskini Permohonan Adalah Seminggu Dari Tarikh Permohonan Dibuat.
 
SYARAT-SYARAT MEMOHON
  • Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.
Dokumen-dokumen berikut yang diperlukan :
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.

  • Salinan Surat Tawaran IPT.

  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.

  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.

  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).

  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.

  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.



Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.0 atau
Internet Explorer 8.0 dengan resolusi 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara © 2012 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Telefon: 09-7481512 Fax: 09-7485512